Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Isnin, 9 Februari 2014 pagi yang menghibakan. Seperti kebiasaannya seusai solat subuh saya dan sahabat akan ke Masjid al-Asyraf bagi menghadiri kuliah Syeikh Yusri, pengajian kitab Sunan Tirmizi. Namun pagi itu kami diberitakan dengan sebuah khabar yang amat menyedihkan. Kuliah dibatalkan kerana isteri beliau Dukturah Zainab binti Abdul Aziz telahpun kembali ke rahmatullah.

Dukturah Zainab binti Abdul Aziz al-Hasaniyyah al-Husainiyyah, isteri Syeikh Yusri bin Rushdi al-Hasani kembali ke
rahmatullah sekitar jam 4.00 pagi waktu Mesir hari ini (Isnini). Solat jenazah dilaksanakan selepas solat Zohor di Masjid Sayyidatina Nafisah dan telah dikebumikan di Perkuburan Sayyidi Afifi.
Majlis pengebumian isteri Syeikhuna Dr. Yusri turut dihadiri oleh ratusan manusia dari kalangan warga mesir dan murid-muridnya. Turut dihadiri juga para masyaeikh ulama' al-Azhar yang masyhur, antaranya:-
1. Syeikh Jamal Farouq al-Azhari
2. Syeikh Muhammad Muhanna al-Azhari
3. Syeikh Amru al-Wirdani al-Azhari
4. Syeikh Husam al-Azhari
Turut hadir bersama juga Habib Muhammad as-Saqqaf serta Syeikh Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki.