Showing posts with label Quran. Show all posts
Showing posts with label Quran. Show all posts

Thursday, 2 July 2015

Ramadhan & al-Quran

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Syukur kepada Allah s.w.t dengan rahmat serta kasih sayangNya atas peluang yang masih diberikan kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan pada kali ini. Tahun ini merupakan kali pertama menjalani ibadah puasa di perantauan. Perasaan bercampur-baur antara gembira dengan sedih. Sememangnya jauh di lubuk hati ini terpendam selaut kerinduan buat keluarga tersayang. Sesekali kesunyian juga menjengah dek kerana pulangnya sebahagian sahabat seperjuangan ke tanah air. Sungguhpun begitu, ia bukanlah alasan untuk terus terleka daripada merebut peluang yang hanya ada setahun sekali ini. Kesempatan Ramadhan yang ada pada kali ini amat perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya. Semoga Ramadhan kali ini hidup dengan ruh serta semangat 'ubudiyyah yang bersifat kehambaan kepada Allah s.w.t.

Saturday, 29 November 2014

Tips Menghafal Al-Quran Part #2

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Syukur kepada Allah s.w.t yang masih memberi kesempatan kepada saya untuk menyambung penulisan ini pada part yang kedua. Saya cukupkan di sini dengan lagi lima tips. Harapan saya moga-moga  tips-tips ini dapat membantu saya dan anda untuk sama-sama menjadi seorang huffaz yang berkualiti. Tips-tips ini hanyalah jalan untuk memudahkan, selebihnya terletak pada diri masing-masing. Bittaufiq!

Friday, 21 November 2014

Tips Menghafal Al-Quran Part #1

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Kebelakangan ini ramai yang bertanya kepada saya berkenaan cara-cara, kaedah, atau tips menghafal al-Quran. Excited dan teruja rasanya apabila diajukan persoalan sebegitu. Tampak jelas keinginannya untuk menghafal al-Quran. Dan semestinya persoalan itu datang setelah dia mengetahui serta memahami kelebihan-kelebihan menghafal kalam Allah. Jadi saya mengambil peluang mengisi ruang ini untuk berkongsi dengan lebih mendalam tentang kaedah menghafal al-Quran.

Tuesday, 19 August 2014

Ikhlaskan Niat Tiada Riya'

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'alarasulillah.
Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Mukminun, ayat 115: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” Jom muhasabah kenapa perlu latih hati untuk ikhlas lillahi ta'ala.

Wednesday, 21 May 2014

Jom Berkebun!

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'alarasulillah.
Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (bua-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutunNya)? [Al-An'am, 6: 95]

Monday, 25 November 2013

Keindahan Melihat

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Nikmat melihat merupakan salah satu nikmat yang terbesar di antara nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita. Ada di kalangan kita yang mempunyai sepasang mata tetapi berapa ramai dari kalangan mereka yang kelam daripada melihat dunia. Patutnya berapakah harga yang perlu dibayar, bagi membeli penglihatan yang jelas. Apatah lagi penglihatan yang melihat dengan cahaya Allah. MasyaAllah, nescaya tak termampu kita.