Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi roh al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menuju Rabbul Izzati pada malam Jumaat yang mulia. Sungguh susah payahmu dibayar dengan kemuliaan di dunia lagi. Saat engkau dilahirkan, tangisanmu kedengaran senyuman manusia sekelilingmu menjadi hiasan. Namun kini, pemergiaanmu ditangisi ribuan manusia dan aku berharap engkau tersenyum di sana. Engkau berupaya untuk bersenang-senang dengan harta dan pangkat. Namun engkau lebih menyenangi susah-payah dalam agama. Sedarlah aku bahawa penat-lelah engkau semata-mata buat Islam. Maka tidak ada kemuliaan melainkan dengan Islam. Sungguh mulia pemergianmu.
Tuntutlah ilmu sehingga kita benar-benar dapat membezakan antara bisikan syaitan dengan ilham malaikat. Sesungguhnya ilmu itu didatangi bukan mendatangi. Klik Read more » Selamat Membaca!
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Thursday, 12 February 2015
Thursday, 16 October 2014
First Time 'Eidiladha di Mesir
Allahu akbar... Allahu akbar... Allahu akbar... La ilaha illallahu wallahu akbar... Allahu akbar walillahilhamdu... Terbenam matahari 9 Zulhijjah Hari Arafah pada hari Jumaat bergemanya sayu-sayu takbir hari raya rentak melayu di Asrama Darul Aman, Kaherah, Mesir. Walaupun kalimah "eid" biasanya kita akan berasa gembira dan seronok. Tetapi "eid" kali ini membuatkan saya berasa rindu insan-insan tersayang yang terpisah jauh beribu-ribu kilometer di sana.
Labels:
Eid,
Mesir,
Pengalaman
Location:
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Wednesday, 1 October 2014
Ziarah Maqam
Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Setelah tiga minggu berada di bumi Mesir Allah s.w.t merezekikan saya menziarahi maqam-maqam yang berada di sekitar Kaherah. Inilah nikmat yang berharga sepanjang tiga minggu setibanya saya di bumi yang penuh barakah ini. Bumi Mesir bukanlah megahnya dengan piramid bersama firaunnya. Sebaliknya Bumi Mesir ini lebih megah kerana keberkatan daripada kesan-kesan sejarah para anbiya'nya, para aulia, dan juga para alim ulama'nya. Antara maqam yang sempat kami (saya & sahabat-sahabat) ziarah ialah maqam al-Imam as-Syafie rah. pengasas bagi mazhab Syafie.
Wednesday, 20 August 2014
BTN Kulim
Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'alarasulillah.
Alhamdulillah selesai sudah kem Biro Tatanegara yang berlangsung di Kem Bina Negara, Kulim, Kedah. Peserta kem terdiri daripada bakal mahasiswa dan mahasiswi yang akan berangkat ke Mesir, Jordon, UK, dan Ireland. Kami berkampung di situ selama lima hari. Bermula dari tarikh 11 Ogos sehingga 15 Ogos 2014. 'Ala kulli hal taklah seteruk yang digambarkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

