Showing posts with label Tahfiz. Show all posts
Showing posts with label Tahfiz. Show all posts

Thursday, 2 July 2015

Ramadhan & al-Quran

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Syukur kepada Allah s.w.t dengan rahmat serta kasih sayangNya atas peluang yang masih diberikan kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan pada kali ini. Tahun ini merupakan kali pertama menjalani ibadah puasa di perantauan. Perasaan bercampur-baur antara gembira dengan sedih. Sememangnya jauh di lubuk hati ini terpendam selaut kerinduan buat keluarga tersayang. Sesekali kesunyian juga menjengah dek kerana pulangnya sebahagian sahabat seperjuangan ke tanah air. Sungguhpun begitu, ia bukanlah alasan untuk terus terleka daripada merebut peluang yang hanya ada setahun sekali ini. Kesempatan Ramadhan yang ada pada kali ini amat perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya. Semoga Ramadhan kali ini hidup dengan ruh serta semangat 'ubudiyyah yang bersifat kehambaan kepada Allah s.w.t.

Saturday, 29 November 2014

Tips Menghafal Al-Quran Part #2

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Syukur kepada Allah s.w.t yang masih memberi kesempatan kepada saya untuk menyambung penulisan ini pada part yang kedua. Saya cukupkan di sini dengan lagi lima tips. Harapan saya moga-moga  tips-tips ini dapat membantu saya dan anda untuk sama-sama menjadi seorang huffaz yang berkualiti. Tips-tips ini hanyalah jalan untuk memudahkan, selebihnya terletak pada diri masing-masing. Bittaufiq!

Friday, 21 November 2014

Tips Menghafal Al-Quran Part #1

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Kebelakangan ini ramai yang bertanya kepada saya berkenaan cara-cara, kaedah, atau tips menghafal al-Quran. Excited dan teruja rasanya apabila diajukan persoalan sebegitu. Tampak jelas keinginannya untuk menghafal al-Quran. Dan semestinya persoalan itu datang setelah dia mengetahui serta memahami kelebihan-kelebihan menghafal kalam Allah. Jadi saya mengambil peluang mengisi ruang ini untuk berkongsi dengan lebih mendalam tentang kaedah menghafal al-Quran.

Wednesday, 21 May 2014

Jom Berkebun!

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'alarasulillah.
Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (bua-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutunNya)? [Al-An'am, 6: 95]

Friday, 16 May 2014

Selamat Hari Guru

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'alarasulillah.
     Selaut kesyukuran ku rafakkan ke hadrat Ilahi di atas segala limpah kurnia serta inayahNya. Seterusnya selawat dan salam ke atas junjungan besar kekasih kita Nabi Muhammad, ahli keluarganya, dan para sahabat Baginda. Di sini, saya Muhammad Akmal Hakimie bin Omar mengucapakan Selamat Hari Guru kepada semua para alim ulama', para murabbi, para asatizah, dan guru-guru yang tidak pernah jemu berkongsi ilmu dengan kami sebagai anak didik kalian. Didoakan mudah-mudahan sentiasa diberi kekuatan, ketabahan, dan sentiasa dinaungi rahmat Ilahi.
Credit to: Ridzuan Rejab

Friday, 28 March 2014

Exam Tahriri! MATAN (Banin)

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Sepanjang saya berkhidmat di Ma'ahad Tahfiz An-Nahdhoh (MATAN) pada tahun 2014 inilah kali pertama saya adakan ujian syafawi (lisan) dan tahriri (bertulis) bagi pelajar kelas saya. Actually yang wajib dari pihak pentadbiran hanyalah ujian syafawi - tebuk hafalan. Tapi dah hampir enam bulan saya bersama mereka berkongsi secebis ilmu Tajwid yang saya ada. Bila lagi kan nak uji tahap kefahaman mereka? Saya fikir Tajwid adalah satu-satunya madah yang perlu dititikberatkan dan dimantapkan bagi bakal-bakal huffaz ini. Mudah-mudahan dirahmati Allah.