Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Sepanjang saya berkhidmat di Ma'ahad Tahfiz An-Nahdhoh (MATAN) pada tahun 2014 inilah kali pertama saya adakan ujian syafawi (lisan) dan tahriri (bertulis) bagi pelajar kelas saya. Actually yang wajib dari pihak pentadbiran hanyalah ujian syafawi - tebuk hafalan. Tapi dah hampir enam bulan saya bersama mereka berkongsi secebis ilmu Tajwid yang saya ada. Bila lagi kan nak uji tahap kefahaman mereka? Saya fikir Tajwid adalah satu-satunya madah yang perlu dititikberatkan dan dimantapkan bagi bakal-bakal huffaz ini. Mudah-mudahan dirahmati Allah.
Memandangkan first time buat terpaksalah bersusah-susah dulu. Setiap hari selepas kelas Manzil, 30 minit sebelum solat Asar saya akan curi masa sekejap untuk mengajar Tajwid. Waktu itu sepatutnya para pelajar buat persiapan solat Asar. Tetapi bila dah lama kelas ini berterusan ada juga pelajar-pelajar kelas lain yang berminat untuk sama-sama menadah telinga belajar ilmu Tajwid. Kitab yang saya gunakan adalah karangan Ustaz Hj. Abdul Qadir Leong, Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani.
First time buat... Soalan pun tulis tangan...
Antara content soalan... Basic ja...
Simple... Cuba jawab...




No comments:
Post a Comment