Showing posts with label SunanTirmizi. Show all posts
Showing posts with label SunanTirmizi. Show all posts

Wednesday, 10 June 2015

Bab 9: Rukhsah Pada Tegahan Buang Air Kecil Sambil Berdiri

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah.

Diriwayatkan daripada Huzaifah katanya: "Bahawasanya Nabi s.a.w  pernah mendatangi tempat pembuangan sampah suatu kaum, maka Baginda buang air kecil  ke atasnya hal keadaan Baginda s.a.w sedang berdiri. Maka aku datangkan kepada Baginda dengan air (buat bersuci), kemudian aku pergi (mengundur diri) dari Baginda. Namun Baginda s.a.w memanggilku sehingga aku berada di sisi tumitnya."

[Kata Abu Isa at-Tirmizi: "Hadis ini adalah yang paling sahih."]

Thursday, 26 February 2015

Bab 8: Tegahan Buang Air Kecil Sambil Berdiri

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah.

Diriwayatkan daripada al-Miqdam bin Syuraih, daripada Aisyah Ummul Mukminin katanya: "Barangsiapa yang menceritakan kepada kalian bahawa Nabi s.a.w buang air kecil dalam keadaan berdiri, maka janganlah kalian percaya kerana Baginda s.a.w tidak buang air kecil melainkan dalam keadaan duduk."

[Kata Abu Isa at-Tirmizi: "Hadis ini adalah yang paling sahih dan paling baik."]

Sunday, 22 February 2015

Bab 7: Keringanan Dalam Menghadap Kiblat Ketika Qada Hajat

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah.

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah katanya: "Nabi s.a.w melarang menghadap (ke arah) kiblat ketika kencing. Namun aku terlihat Baginda s.a.w setahun sebelum kewatannya Baginda menghadap (ke arah) kiblat."

[Kata Abu Isa at-Tirmizi: "Hadis ini adalah hadis hasan lagi gharib."]

Saturday, 21 February 2015

Bab 6: Tegahan Qada Hajat Menghadap Kiblat

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah.

Diriwayatkan daripada Abi Ayyub al-Ansari katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w: "Apabila kalian qada hajat (buang air besar) maka janganlah kalian menghadap (ke arah) kiblat, baik air besar (berak) mahupun air kecil (kencing), dan janganlah membelakanginya. Akan tetapi menghadaplah (ke arah) timur atau barat. Maka kata Abu Ayyub: Ketika kami tiba di Syam, kami mendapati tandas mereka dibangunkan menghadap (ke arah) kiblat. Maka kami mengiring (berpaling) daripadanya dan kami mengucap istighfar akan Allah."

[Kata Abu Isa at-Tirmizi: "Hadis ini adalah yang paling sahih dan paling baik."]

Friday, 20 February 2015

Bab 5: Doa Keluar Tandas

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Dalam post yang lalu kita sudah bincang berkenaan dengan doa masuk tandas. Pada post kali ini kita sempurnakan lagi adab qada hajat dengan doa keluar tandas pula.

Diriwayatkan daripada Aisyah katanya: "Adalah Nabi s.a.w apabila keluar dari tandas (daripada buang air kecil atau besar), Baginda s.a.w akan berdoa: (غفرانك) Aku memohon keampunanMu." [Kata Abu Isa at-Tirmizi: "Hadis ini adalah hadis hasan lagi gharib."]

Thursday, 19 February 2015

Bab 4: Doa Masuk Tandas

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik katanya: "Adalah Nabi s.a.w apabila masuk ke dalam tandas, Baginda s.a.w akan berdoa: (اللهم إني أعوذ بك) Ya Allah, ya Tuhanku sesungguhannya aku berlindung denganMu. Syu'bah berkata: Adakalanya baginda mengucapkan: (أعوذ بك من الخبث والخبيث) Aku berlindung denganMu daripada syaitan-syaitan jantan dan syaitan-syaitan betina - atau dengan lafaz (الخبث والخبائث)." [Kata Abu Isa at-Tirmizi: "Hadis ini adalah yang paling sahih dan paling baik dalam bab ini."]

Wednesday, 18 February 2015

Bab 3: Kunci Solat

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Segala puji bagi Allah yang pada sisiNya jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada yang mengetahui melainkan Dia sahaja. Selawat dan salam selamanya ke atas Rasulillah s.a.w serta keluarganya dan para sahabatnya. Diriwayatkan daripada Saiyyidina Ali daripada Nabi s.a.w sabdanya: "Kunci solat itu adalah bersuci (daripada hadas kecil dan hadas besar), dan tahrimnya itu takbir, dan tahlilnya itu salam." [Kata Abu Isa at-Tirmizi: "Hadis ini adalah yang paling sahih dan paling baik."]

Tuesday, 17 February 2015

Bab 2: Kelebihan Berwuduk

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Segala puji bagi Allah yang mensyariatkan wuduk. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarganya dan para sahabat sekaliannya.

Diriwayatkan daripada Abi Hurairah katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w: "Apabila mengambil wuduk seorang hamba yang muslim atau mukmin, maka membasuh ia akan mukanya nescaya keluar daripada mukanya segala dosa-dosa (kecil) yang memandang ia kepadanya dengan dua matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir atau seumpamanya, maka apabila membasuh ia akan dua tangannya keluarlah daripada dua tangannya segala dosa-dosa (kecil) yang dilakukan oleh tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir hingga keluar ia hal keadaannya bersih daripada segala dosa."

[Kata Abu Isa at-Tirmizi: "Hadis ini adalah hadis hasan lagi sahih."]

Sunday, 15 February 2015

Bab 1: Tidak Diterima Solat Tanpa Bersuci


Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar daripada Nabi s.a.w sabdanya: "Tidak diterima solat (fardu atau sunat) dengan ketiadaan bersuci dan tidak diterima sedekah (yang berasal) daripada harta khianat."

[Kata Abu Isa at-Tirmizi: "Hadis ini adalah yang paling sahih dan paling baik dalam bab ini."]