Saturday, 25 October 2014

Barakallah Wan & Aufa!

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله
     Selaut ucapan barakah ke atas sahabat kami Muhammad Ridzuan bin Dzulkifli yang akan menamatkan zaman bujang keesokan harinya. Kami (akmal, amzar, hasbi, hakim, hafiz) dari perantauan hanya mampu mengirim doa buatmu sahabat. Sungguh kami di sini teruja dengan perkahwinanmu. Seawal 19 tahun sudah berumah tangga. Sedikit nasihat buatmu sahabat tercinta... Tatkala selesai diijabkabulkan maka sempurnalah sebahagian imanmu. Lantas tamatlah ujian bujangmu - dengan kenakalannya, darah remajanya yang selalu ingin mencuba. Namun ujian yang lebih besar akan menyapamu sesuai dengan kesempurnaan sebahagian imanmu itu. Sahabat... Kamu bakal diberati dengan 1001 tanggungjawab. Pikullah tanggungjawabmu itu berbekalkan taqwa. Doakan kami yang masih membujang. Moga ditundukkan pandangan, terpelihara hati-hati kami untuk menerima ilmu di sini.
Dari kiri, Amzar, Amiluddin, Hasbi, Ridzuan, Aufa, Akmal, Hakim, Salim, Hafiz.

Happy Birthday Ibu!

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله
Happy Birthday Ibu! Rindu yang tak terungkap dalam call semalam, namun tersusun dalam bait-bait syair ini. Sayang Ibu. Semoga sentiasa panjang umur dalam pelukan rahmat kasih sayang Ilahi.


لسوف أعود يا أمي... أقبل رأسك الزاكي
Pasti akanku pulang kepadamu Ibu... Akanku kucup dahimu yang suci.
*******

أبثك كل أشواقي... وأرشف عطر يمناكي
Akanku tumpahkan segala rinduku padamu... Dan aku cium harum tangan kananmu.
*******

أمرغ في ثرى قدميك... خدي حين ألقاكِ
Ku basahi (pipiku) dengan sejuk embun telapak kakimu... Pipiku ketika aku bertemu denganmu.
*******

أروي التربة من دمعي... سرورا في محياك
Akan kubasahi debu dengan air mataku (sebagai ungkapan rasa)... Gembira kerana engkau masih hidup.
*******

فكم أسهرت من ليل... لأرقد ملء أجفاني
Sudah tidak terhitung berapa malam yang kau lewati tanpa tidur... Demi aku agar aku boleh tidur nyenyak.
*******

وكم أظمئت من جوف... لترويني بتحناني
Dan tidak terhitung pula berapa kali kau menahan haus... Demi mengubati rasa hausku dengan kasih sayangmu.
*******

ويوم مرضت لا أنسى... دموعا منك كالمطر
Di waktu aku sakit, aku tidak lupa... Air matamu mengalir deras bagai hujan.
*******

وعينا منك ساهرة... تخاف عليه من خطر
Dan kedua matamu yang terus-menerus terjaga... Kerana engkau begitu risau akan keadaanku.
*******

ويوم وداعنا فجرا... وما أقساه من فجري
Dan pada hari kita berpisah, kala fajar menyinsing... Sungguh betapa kerasnya fajar kala itu.
*******

يحار القول في وصف... الذي لاقيتي من هجري
Waktu itu kata-kata pun tidak mampu diungkapkan... Sakitnya perasaan mu ketika aku tinggalkan.
*******

وقلت مقالة لا زلت... مدكرا بها دهري
Dan kau mengucapkan perkataan... Yang selalu akan ku ingat sepanjang hidupku.
*******

محال أن ترى صدرا... أحن عليك من صدري
"Kau tidak akan pernah menemukan hati... Yang lebih menyayangimu dari hatiku."
*******

ببرك يا منى عمري... إله الكون أوصاني
Berbakti kepadamu adalah cita-cita hidupku... Tuhan Pencipta Alam memerintahkan aku (agar berbuat demikian).
*******

رضاؤك سر توفيقي... وحبك ومض إيماني
Keredhanmu adalah kunci keberhasilanku... Dan cintamu adalah rahsia imanku. 
*******

وصدق دعاؤك انفرجت ... به كربي و أحزاني
Keikhlasan doamu untukku sekaligus menghapus... Semua kesusahan dan kesedihanku. 
*******

ودادك لا يشاطرني... به أحد من البشر
Cintamu... Tidak ada seorang pun yang dapat menyamainya.
*******

فأنت النبض في قلبي... وأنت النور في بصري
Engkaulah degup jantungku... Engkaulah cahaya di mataku.
*******

وأنت اللحن في شفتي... بوجهك ينجلي كدري
Dan engkaulah sebutan di bibirku... Memandang wajahmu merupakan sinar (walaupun) sewaktu aku susah.
*******

إليك أعود يا أمي... غدا أرتاح من سفري
Kepadamu akan ku pulang wahai Ibu… Esok aku akan beristirehat dari perjalananku.
*******

ويبدأ عهدي الثاني... ويزهو الغصن بالزهري
Hidupku yang kedua akan bermula... Dan lantas pucuk ranting akan menampakkan seri bunganya.
*******


Friday, 17 October 2014

Martabat Syukur

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Kata Nabi s.a.w: Bercakap tentang nikmat Allah s.w.t itu adalah kesyukuran. Martabat pertama syukur itu ialah kamu mengenali sesuatu itu adalah nikmat, dan tahu nikmat itu adalah daripada Allah s.w.t. Apabila seseorang merasai dan mengakui sesuatu itu nikmat pemberian daripada Allah s.w.t maka sesungguhnya dia telahpun bersyukur. Kemudian martabat yang lebih tinggi ialah dia berusaha dalam setiap nikmat yang diberikan itu digunakan dan dimanfaatkan pada jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Asy-Syukru Lillah!

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Syukur kepada Allah s.w.t yang tidak henti-henti memberikan segala nikmat kepada kita sama ada yang kita sedar mahupun tidak. Bersyukur juga merupakan satu nikmat daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya Nabi s.a.w merupakan seorang nabi lagi rasul yang bersamanya satu sifat yang mulia iaitu sifat bersyukur. Walaupun dijamin syurga baginya. Baginda tetap bersyukur dengan melebihkan amal ibadahnya antara makhluk Allah seisinya dengan mengatakan: "Tidakkah aku juga ingin menjadi hamba yang bersyukur..."

Thursday, 16 October 2014

First Time 'Eidiladha di Mesir

Allahu akbar... Allahu akbar... Allahu akbar... La ilaha illallahu wallahu akbar... Allahu akbar walillahilhamdu... Terbenam matahari 9 Zulhijjah Hari Arafah pada hari Jumaat bergemanya sayu-sayu takbir hari raya  rentak melayu di Asrama Darul Aman, Kaherah, Mesir. Walaupun kalimah "eid" biasanya kita akan berasa gembira dan seronok. Tetapi "eid" kali ini membuatkan saya berasa rindu insan-insan tersayang yang terpisah jauh beribu-ribu kilometer di sana.

Wednesday, 1 October 2014

Ziarah Maqam

     Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Setelah tiga minggu berada di bumi Mesir Allah s.w.t merezekikan saya menziarahi maqam-maqam yang berada di sekitar Kaherah. Inilah nikmat yang berharga sepanjang tiga minggu setibanya saya di bumi yang penuh barakah ini. Bumi Mesir bukanlah megahnya dengan piramid bersama firaunnya. Sebaliknya Bumi Mesir ini lebih megah kerana keberkatan daripada kesan-kesan sejarah para anbiya'nya, para aulia, dan juga para alim ulama'nya. Antara maqam yang sempat kami (saya & sahabat-sahabat) ziarah ialah maqam al-Imam as-Syafie rah. pengasas bagi mazhab Syafie.