Thursday, 16 October 2014

First Time 'Eidiladha di Mesir

Allahu akbar... Allahu akbar... Allahu akbar... La ilaha illallahu wallahu akbar... Allahu akbar walillahilhamdu... Terbenam matahari 9 Zulhijjah Hari Arafah pada hari Jumaat bergemanya sayu-sayu takbir hari raya  rentak melayu di Asrama Darul Aman, Kaherah, Mesir. Walaupun kalimah "eid" biasanya kita akan berasa gembira dan seronok. Tetapi "eid" kali ini membuatkan saya berasa rindu insan-insan tersayang yang terpisah jauh beribu-ribu kilometer di sana.

Kami mengerjakan Solat Sunat Hari Raya 'Eidiladha di Masjid Musa Nusair yang dihadiri kebanyakannya dari anak-anak Melayu yang dianjurkan Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Seusai solat kami bersalaman sesama kami sahaja. Merekalah sahabat, merekalah abang, merekalah adik, merekalah keluarga kami di bumi Mesir. Rindu menyapa di pagi raya. Sempat saya video call dengan family pagi itu. Alhamdulillah.
Dalam kerinduan family, Allah s.w.t mengubat rindu itu dengan kedatangan guruku lagi murabbi Tuan Guru Ustaz Mutalib Maarof ke Kaherah. Alhamdulillah saya dapat bersama-sama senior yang mengurus kedatangan ustaz ke bumi Mesir. Kami menjemput ustaz di Cairo Airport seawal 2:45 pagi waktu Mesir. Setelah berjam-jam ustaz berada di atas flight, saya tak pernah lihat ustaz secergas itu, dengan cerianya. Allahurobbi...
Di Fayoum... Cantik pemandangan. Seronok walaupun tak tidur semalaman. Tetapi yang lebih seronoknya, sepanjang perjalanan bermula dari breakfast ustaz jemput saya berkongsi bekas makanan dengan ustaz. Semoga keberkatan Ustaz mengalir dalam diri saya jua.
     Jaulah ke Fayoum bersama Tuan Guru pada hari raya sememangnya dirancang olehnya kerana katanya: "Ustaz tau... Muka suram hari raya... Waktu raya paling ingat keluarga... Lebih-lebih lagi baru sebulan-dua di negeri orang." 'Ala kulli hal jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada senior-senior yang banyak berkhidmat membuat persiapan dan pengisian sepanjang ustaz berada di sini. Terutamanya Ustaz Zubair dan Ustaz Khairul Abdan. Kerinduan family sedikit-sebanyak terubat. Walaubagaimanpun lebih sedih ketika mana ustaz cium pipiku, menggenggam erat tanganku, berlenang air mata. Waktu itu ustaz kata: "Sekarang kita dekat. Sat lagi terpisah beribu-ribu kilometer..." Ya Allah berilah kesihatan dan rahmatilah beliau. Allahumma alhiqna bih...


No comments:

Post a Comment