Friday, 12 September 2014

Sebelum Kamu Menuntut Ilmu

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah.
     Syukur kepada Allah s.w.t dengan limpah kurniaNya dapat bersama-sama dengan Syeikh Asyraf Hamid al-Hasanain dalam halaqah ilmu. Malah saya juga berpeluang duduk di hadapan sekali. Berkopiah putih berbaju koko itulah saya. Hehe. Kelas talaqqi tersebut merupakan kelas pertama bagi kami student baru yang baharu sahaja seminggu di Bumi Mesir. Syeikh mengajar tajwid dengan menggunakan kitab Matan Jazari. Memang fully arabic tapi Syeikh menggunakan bahasa Arab fusha (baku). Alhamdulillah. Kalau guna bahasa Arab ammi (kampung) memang terngangalah kami. Pada kelas pertama ini beliau tidak menyentuh satu perkara pun daripada apa yang ada di dalam kitab. Pada permulaan ini Syeikhuna mengingatkan kami tentang perkara-perkara yang perlu diamati sebelum menuntut ilmu.

Perkara pertama ialah "tajdidun niyyatin solihatin sodiqatin" iaitu memperbaharui niat yang soleh lagi benar-benar (tekad) kerana Allah. Huraiannya boleh baca pada post "Ikhlaskan Niat Tiada Riya'."