Tuntutlah ilmu sehingga kita benar-benar dapat membezakan antara bisikan syaitan dengan ilham malaikat. Sesungguhnya ilmu itu didatangi bukan mendatangi. Klik Read more » Selamat Membaca!
Showing posts with label Mesir. Show all posts
Showing posts with label Mesir. Show all posts
Thursday, 2 July 2015
Ramadhan & al-Quran
Tuesday, 10 February 2015
Kembalinya Isteri Tercinta Syeikhuna Dr. Yusri
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Isnin, 9 Februari 2014 pagi yang menghibakan. Seperti kebiasaannya seusai solat subuh saya dan sahabat akan ke Masjid al-Asyraf bagi menghadiri kuliah Syeikh Yusri, pengajian kitab Sunan Tirmizi. Namun pagi itu kami diberitakan dengan sebuah khabar yang amat menyedihkan. Kuliah dibatalkan kerana isteri beliau Dukturah Zainab binti Abdul Aziz telahpun kembali ke rahmatullah.

Dukturah Zainab binti Abdul Aziz al-Hasaniyyah al-Husainiyyah, isteri Syeikh Yusri bin Rushdi al-Hasani kembali ke rahmatullah sekitar jam 4.00 pagi waktu Mesir hari ini (Isnini). Solat jenazah dilaksanakan selepas solat Zohor di Masjid Sayyidatina Nafisah dan telah dikebumikan di Perkuburan Sayyidi Afifi.
Majlis pengebumian isteri Syeikhuna Dr. Yusri turut dihadiri oleh ratusan manusia dari kalangan warga mesir dan murid-muridnya. Turut dihadiri juga para masyaeikh ulama' al-Azhar yang masyhur, antaranya:-
1. Syeikh Jamal Farouq al-Azhari
2. Syeikh Muhammad Muhanna al-Azhari
3. Syeikh Amru al-Wirdani al-Azhari
4. Syeikh Husam al-Azhari
Turut hadir bersama juga Habib Muhammad as-Saqqaf serta Syeikh Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki.
Saturday, 7 February 2015
Manhaj Azhari
Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Segala puji dan syukur hanya kepada Allah s.w.t yang memberi hidayah (petunjuk) kepada siapa-siapa yang Dia kehendaki dan menyesatkan siapa-siapa yang Dia kehendaki. Dan tidak lari keduanya itu daripada mizan (timbangan) keadilan Allah 'azza wajalla kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menzalimi hambaNya. Selawat dan salam selamanya ke atas kecintaan kami Nabi al-Mustofa Rasulillah s.a.w. Sedikit perkongsian keistimewaan yang terdapat di bumi Mesir dalam manhaj yang dibawa. Jom baca!
Sunday, 25 January 2015
Syeikh Dr. Yusri Rusydi Sayyid Jabr al-Hasani
Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Syukur kepada Allah s.w.t yang masih memberi nikmat kehidupan dan dengannya menjadi peluang buat kita untuk menambahkan ilmu serta amal. Mudah-mudahan ia menjadi wasilah untuk mencapai redha ilahi. Sekaligus buah-buah amal itu menjadi penghapus dosa buat kita semua. Ku mohon keampunanMu ya Rabb. Alhamdulillah setelah tiga bulan di bumi Mesir, putik-putik cinta mulai subur. Hati mula menyintai bumi ini. Bumi khazanah ilmu. Suburnya cinta itu dek siraman ilmu yang meresap ke dalam jiwa. Merawat dada yang sedang ketandusan ilmu. Lalu menyubur cinta mengikuti cahaya. Cahaya itulah sumber inspirasi. Dialah pembimbing, dialah pendidik, dialah murabbi.
Saturday, 25 October 2014
Barakallah Wan & Aufa!
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله
Selaut ucapan barakah ke atas sahabat kami Muhammad Ridzuan bin Dzulkifli yang akan menamatkan zaman bujang keesokan harinya. Kami (akmal, amzar, hasbi, hakim, hafiz) dari perantauan hanya mampu mengirim doa buatmu sahabat. Sungguh kami di sini teruja dengan perkahwinanmu. Seawal 19 tahun sudah berumah tangga. Sedikit nasihat buatmu sahabat tercinta... Tatkala selesai diijabkabulkan maka sempurnalah sebahagian imanmu. Lantas tamatlah ujian bujangmu - dengan kenakalannya, darah remajanya yang selalu ingin mencuba. Namun ujian yang lebih besar akan menyapamu sesuai dengan kesempurnaan sebahagian imanmu itu. Sahabat... Kamu bakal diberati dengan 1001 tanggungjawab. Pikullah tanggungjawabmu itu berbekalkan taqwa. Doakan kami yang masih membujang. Moga ditundukkan pandangan, terpelihara hati-hati kami untuk menerima ilmu di sini.
| Dari kiri, Amzar, Amiluddin, Hasbi, Ridzuan, Aufa, Akmal, Hakim, Salim, Hafiz. |
Thursday, 16 October 2014
First Time 'Eidiladha di Mesir
Allahu akbar... Allahu akbar... Allahu akbar... La ilaha illallahu wallahu akbar... Allahu akbar walillahilhamdu... Terbenam matahari 9 Zulhijjah Hari Arafah pada hari Jumaat bergemanya sayu-sayu takbir hari raya rentak melayu di Asrama Darul Aman, Kaherah, Mesir. Walaupun kalimah "eid" biasanya kita akan berasa gembira dan seronok. Tetapi "eid" kali ini membuatkan saya berasa rindu insan-insan tersayang yang terpisah jauh beribu-ribu kilometer di sana.
Labels:
Eid,
Mesir,
Pengalaman
Location:
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Wednesday, 1 October 2014
Ziarah Maqam
Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Setelah tiga minggu berada di bumi Mesir Allah s.w.t merezekikan saya menziarahi maqam-maqam yang berada di sekitar Kaherah. Inilah nikmat yang berharga sepanjang tiga minggu setibanya saya di bumi yang penuh barakah ini. Bumi Mesir bukanlah megahnya dengan piramid bersama firaunnya. Sebaliknya Bumi Mesir ini lebih megah kerana keberkatan daripada kesan-kesan sejarah para anbiya'nya, para aulia, dan juga para alim ulama'nya. Antara maqam yang sempat kami (saya & sahabat-sahabat) ziarah ialah maqam al-Imam as-Syafie rah. pengasas bagi mazhab Syafie.
Friday, 12 September 2014
Sebelum Kamu Menuntut Ilmu
Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah.
Syukur kepada Allah s.w.t dengan limpah kurniaNya dapat bersama-sama dengan Syeikh Asyraf Hamid al-Hasanain dalam halaqah ilmu. Malah saya juga berpeluang duduk di hadapan sekali. Berkopiah putih berbaju koko itulah saya. Hehe. Kelas talaqqi tersebut merupakan kelas pertama bagi kami student baru yang baharu sahaja seminggu di Bumi Mesir. Syeikh mengajar tajwid dengan menggunakan kitab Matan Jazari. Memang fully arabic tapi Syeikh menggunakan bahasa Arab fusha (baku). Alhamdulillah. Kalau guna bahasa Arab ammi (kampung) memang terngangalah kami. Pada kelas pertama ini beliau tidak menyentuh satu perkara pun daripada apa yang ada di dalam kitab. Pada permulaan ini Syeikhuna mengingatkan kami tentang perkara-perkara yang perlu diamati sebelum menuntut ilmu.
Perkara pertama ialah "tajdidun niyyatin solihatin sodiqatin" iaitu memperbaharui niat yang soleh lagi benar-benar (tekad) kerana Allah. Huraiannya boleh baca pada post "Ikhlaskan Niat Tiada Riya'."
Friday, 29 August 2014
Pesan Baba Khairul
Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Syukur kepada Allah s.w.t dengan izinNya dapat juga bertemu dengan Baba Khairul Anuar. Beliau merupakan pengasas sebuah pondok di Jitra yang dikenali sebagai Pondok Gajah Teriak (Tiryaq). Jujurnya saya pun tak tahu berkenaan dengan nama atau sejarah pondok ini. Pun begitu, ziarah saya bersama beberapa sahabat ke sana hanyalah untuk meminta bekalan nasihat sebelum berangkat ke Mesir.
Location:
Jitra, Kedah, Malaysia
Wednesday, 20 August 2014
Fasiru fil ardh! Fanzuru!
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله
Bait-bait syair yang diungkapkan oleh al-Imam as-Syafie rahimahullahu ta'ala. Deep.
ما في المقامِ لذي عقلٍ وذي أدبِ مِنْ رَاحَة ٍ فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِب
Tiadalah menetap bagi yang berakal dan mempunyai cita-cita dengan santai. Maka tinggalkanlah negeri dan berkelanalah.
**********
سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ
Bermusafirlah! Kau kan ketemui ganti apa yang kau tinggalkan. Bersusahlah dahulu kerana kelazatan hidup itu pada keletihan.
**********
إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ
Aku melihat terhentinya air itu merosakkannya. Jika ia mengalir ia elok, jika tidak maka sebaliknya.
**********
والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب
Sang singa kalau tidak meninggalkan sarang pasti tidak membaham. Anak panah jika tidak meninggalkan busur pasti tidak mengenai sasaran.
**********
والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة ً لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ
Mentari kalau tidak berganjak kedudukannya, bosanlah manusia sama ada Arab mahupun lainnya.
**********
والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى ً في أَمَاكِنِهِ والعودُ في أرضه نوعً من الحطب
Galian itu hanyalah tanah biasa jika tidak digali. Begitu juga setanggi, ia hanyalah sejenis kayu.
**********
فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ
Sekiranya ia diasingkan dari kelompoknya bagaikan emas. Sekiranya dimanfaatkan , tinggilah permintaanya.
**********
Location:
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Bekalan Nasihat... Mesir Mu Tunggu Aku Datang!
Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'alarasulillah.
"من خرج في طلب العلم فهو في سبيل الله حتى يرجع"
Sabda Nabi s.a.w: "Barangsiapa yang keluar (dari rumahnya) untuk menuntut ilmu, maka dia sedang berada di atas jalan Allah sehinggalah dia pulang." Mengungkapkan hadis ini, seharusnya sudut pandang kita bukan sekadar berasa megah dan hebat kerana sedang berada pada darjat fi sabilillah. Tetapi sedarlah bahawa darjat fi sabilillah itu perlu dibayar dengan nilai mujahadah dan kesabaran yang tinggi.
Location:
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)






