Friday, 29 August 2014

Pesan Baba Khairul

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Syukur kepada Allah s.w.t dengan izinNya dapat juga bertemu dengan Baba Khairul Anuar. Beliau merupakan pengasas sebuah pondok di Jitra yang dikenali sebagai Pondok Gajah Teriak (Tiryaq). Jujurnya saya pun tak tahu berkenaan dengan nama atau sejarah pondok ini. Pun begitu, ziarah saya bersama beberapa sahabat ke sana hanyalah untuk meminta bekalan nasihat sebelum berangkat ke Mesir.


     Actually memang sudah lama saya berhasrat hendak bertemu dengannya memandangkan banyak khabar-khabar tentang beliau yang sampai kepada saya melalui beberapa sahabat seperjuangan STAM yang hendak sama-sama berangkat ke Mesir. Mereka pernah menetap di pondok itu. Membuat persediaan dan membina kekuatan ilmu dalam dada. Pada kesempatan ziarah kami baru-baru ini, kami berpeluang meminta mutiara-mutiara nasihat daripada beliau. Di antara pesanannya ialah:

1. Menuntut ilmu itu satu rezeki daripada Allah s.w.t. Bukan sekadar harta sahaja rezeki. Harta yang ada pada kita pun belum tentu jadi rezeki kita. Boleh jadi dalam bank kita ada berjuta, tapi siapa tahu duit itu akan jadi habuan siapa. Sebenar-benar rezeki itu ialah apa yang kita manfaatkan. Allah s.w.t berfirman:

نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُمْ مَعِيشَتَهُمْ
"Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka..."

Pergi Mesir belum tentu mengaji. Jadi ingat! Menuntut ilmu itu rezeki usahalah dan berdoa kepada Allah s.w.t. Sama seperti harta. Bila usaha, ada yang dapat sedikit ada yang dapat banyak. Ada yang makan sedikit ada yang makan banyak. Sama juga dengan ilmu. Ada yang faham sedikit ada yang faham banyak. Allah s.w.t akan berikan hikmah kefahaman dalam agama kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Berdoalah minta kepada Allah agar diberikan al-hikmah.

2. Banyakkan mulazamah dengan masyaeikh. Banyakkan bertalaqqi. Kita pergi ke sana nak belajar, nak mengaji. Bukan kemahsyuran yang kita cari.

ليس كل شهير عظيما
"Bukan setiap yang mahsyur itu agung."

Ramai lagi tok-tok guru yang tak mahsyur pun tapi ilmunya masyaAllah. Jadi pergi sana niat bagi elok. Bukan nak cari kemahsyuran. Dan bukan juga berguru dengan yang mahsyur-mahsyur sahaja.

3. Elakkan ikut budaya orang Melayu sana. Ada yang buat business. Berniaga macam-macam sehingga lari daripada tujuan utama kita ke sana. Ada pula yang jenis "kaki berjalan". Musim cuti sahaja sudah penuh diatur dengan trip-trip melancong. Bukan tak boleh. Tapi London saja setahun dah tiga kali. Tak perlu. Sekali-sekala boleh. Cuti boleh kita ambil kesempatan bertalaqqi dengan syeikh. Di Mesir juga budaya yang paling famous adalah "kahwin". Tak salah kahwin awal. Bagus. Tapi ukur semula dengan tujuan asal  kita. Ayat last dari Baba: "Kalau tak boleh tahan sangat tu kahwinlah." Sambil tersenyum manis. ***Hehe. Kami cuba tahan gelak, sambil memandang antara satu sama lain. Remaja. Biasalah. Sebut kahwin, menikah, semuanya seronok. Padahal sabar sebelum kahwin itu hanyalah satu perkara "sabar semata-mata" berbanding menanggung 1001 amanah selepas kahwin. Allahurobbi.***


     Maaflah ingatan hamba tak kuat. Moga diampunkan Allah jika berlaku kekhilafan daripada apa yang saya tulis dengan apa yang dipertuturkan oleh Baba Khairul. Apa yang sempat save dalam memory sahaja yang dapat saya kongsikan. Mudah-mudahan pertemuan ini diberkati dan dirahmati Allah. 'Ala kulli hal jazakumullahu khairan kathira <3


2 comments:

  1. Terus menulis ya.
    Menanti perkongsian ilmiah dari permusafiran ilmu di bumi lembah nil.

    ReplyDelete