Wednesday, 20 August 2014

Doa Menelaah Kitab


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول لله

اللهم اجعلني من الذين ينظرون الكتاب نظرة واحدة يحفظون ما فيه ويفهمون به ويعملون به ويبلغون به
اللهم إني استودعتك ما علمتنيه فردده إلي عند حاجتي ولا تنسنيه يا رب العالمين



     Ya Allah, jadikanlah aku daripada kalangan orang yang melihat kitab dengan sekilas pandang (mengamati: lihat & fikir), dan aku memelihara (mengingati) apa-apa yang ada di dalamnya, lantas aku faham dengannya, beramal dengannya, dan menyampaikan dengannya. Ya Allah aku memohon kepadaMu daripada apa yang telah Engkau ilmukan kepadaKu untuk kembali kepadaKu ketika mana aku memerlukannya dan berhajat kepadanya, dan janganlah Engkau meluputkannya dari ingatanku. Wahai Tuhan Sekalian Alam.

     Doa ini disampaikan oleh Ustaz Amir dalam slot Pengalaman di Bumi Mesir sewaktu saya mengikuti kem Biro Tatanegara baru-baru ini. Doa ini beliau terima daripada guru beliau, dan guru beliau terima daripada guru kepada guru beliau iaitu Al-Muhaddith Maulana Anwar Shah Kashmiri. Seorang pakar hadis di India. Doa ini sesuai dijadikan amalan bagi penuntut ilmu. Begitu juga buat para huffaz yang sentiasa berdamping dengan ibu segala kitab iaitu kitab al-Quran. Mudah-mudahan ia bermanfaat buat kita semua.


No comments:

Post a Comment