Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Isnin, 9 Februari 2014 pagi yang menghibakan. Seperti kebiasaannya seusai solat subuh saya dan sahabat akan ke Masjid al-Asyraf bagi menghadiri kuliah Syeikh Yusri, pengajian kitab Sunan Tirmizi. Namun pagi itu kami diberitakan dengan sebuah khabar yang amat menyedihkan. Kuliah dibatalkan kerana isteri beliau Dukturah Zainab binti Abdul Aziz telahpun kembali ke rahmatullah.

Dukturah Zainab binti Abdul Aziz al-Hasaniyyah al-Husainiyyah, isteri Syeikh Yusri bin Rushdi al-Hasani kembali ke rahmatullah sekitar jam 4.00 pagi waktu Mesir hari ini (Isnini). Solat jenazah dilaksanakan selepas solat Zohor di Masjid Sayyidatina Nafisah dan telah dikebumikan di Perkuburan Sayyidi Afifi.
Majlis pengebumian isteri Syeikhuna Dr. Yusri turut dihadiri oleh ratusan manusia dari kalangan warga mesir dan murid-muridnya. Turut dihadiri juga para masyaeikh ulama' al-Azhar yang masyhur, antaranya:-
1. Syeikh Jamal Farouq al-Azhari
2. Syeikh Muhammad Muhanna al-Azhari
3. Syeikh Amru al-Wirdani al-Azhari
4. Syeikh Husam al-Azhari
Hadiah pembacaan al-Quran 30 juz buatmu serikandi daripada anak-anak murid Syeikh Yusri. Urusan pahala diserahkan kepada Yang Maha Memberi.
Ratusan manusia turut bersama melaksanakan solat jenazah ke atas isteri beliau di Masjid Sayyidatina Nafisah.
Syeikh Amru Al Wirdani al-Azhari dan Habib Muhammad as-Saqqaf turut bersama. Turut bersama para masyaeikh ulama' al-Azhar dari Darul Ifta'.
Turut bersama para masyaeikh ulama' al-Azhar dari Darul Ifta'.
Sebagai seorang murid, kita bukanlah sekadar mengambil ilmu daripadanya akan tetapi kita juga turut berkongsi suka dan dukanya. Sabarlah duhai guru. Walaupun baru sahaja aku mengenalimu, namun ia tidak menghalang air mataku untuk menitis ke pipi. Sebak melihatmu dalam kesedihan. Semoga Allah s.w.t beri kekuatan buat dikau wahai guru. Amin.





No comments:
Post a Comment