Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Syukur kepada Allah s.w.t yang masih memberi nikmat kehidupan dan dengannya menjadi peluang buat kita untuk menambahkan ilmu serta amal. Mudah-mudahan ia menjadi wasilah untuk mencapai redha ilahi. Sekaligus buah-buah amal itu menjadi penghapus dosa buat kita semua. Ku mohon keampunanMu ya Rabb. Alhamdulillah setelah tiga bulan di bumi Mesir, putik-putik cinta mulai subur. Hati mula menyintai bumi ini. Bumi khazanah ilmu. Suburnya cinta itu dek siraman ilmu yang meresap ke dalam jiwa. Merawat dada yang sedang ketandusan ilmu. Lalu menyubur cinta mengikuti cahaya. Cahaya itulah sumber inspirasi. Dialah pembimbing, dialah pendidik, dialah murabbi.
Kedatangan saya ke bumi Mesir membuatkan terpisahnya saya dengan guru pembimbing saya di Malaysia iaitu Tn. Guru Hj. Abdul Mutalib Maarof. Terpisahnya dengan jarak beribu kilometer. Namun hubungan guru dengan anak murid tidak sekali terpisah. Bagi saya adanya seorang "Guru Mursyid" yang lazim kita dampingi adalah amat penting. Sepertimana Allah s.w.t jadikan khusus buat Nabi Muhammad s.a.w itu malaikat Jibril sebagai guru. Maka setelah beberapa bulan di sini, alhamdulillah Allah izinkan jiwa ini mendampingi selesa dengan seorang guru yang alim, warak, dan mulia akhlaknya. Kalamnya, gaya penyampaiannya iras-iras guru mursyid saya di Malaysia.
Nama dan Kelahiran
Beliau adalah Syeikh Dr. Yusri Rusydi Jabr al-Hasani hafizahullahu ta'ala. Nasab beliau bersambung sehingga Saidina Hasan bin Ali radiallahu ‘anhu. Beliau dilahirkan pada 23 September 1954M di Hayyu Raudhul Faraj, Kaherah, Mesir. Beliau merupakan seorang doktor pakar bedah dan pakar dalam bidang agama. Beliaulah perawat jasad dan roh. Berpegang teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jama’ah, bermazhab Syafie, berpegang dengan tariqat as-Siddiqi melalui susur galur tariqat as-Syazuli dan merupakan antara ulama al-Azhar as-Syarif.

Pendidikan
Beliau memulakan alam persekolahan di sekolah kerajaan sehinggalah beliau menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar dan mendapat pangkat "Jayyid Jiddan" pada Disember 1978. Kemudian beliau mendapat Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang "Pembedahan Am dan Pembedahan Saluran Darah" juga dari Universiti al-Azhar pada November 1983 dan beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam "Pembedahan Am" juga dari universiti yang sama pada Mei 1991. Kemudian beliau meneruskan pengajian dalam bidang Syariah (B.A) dalam kuliah Syariah wal Qanun, Universiti al-Azhar pada tahun 1992 dan mendapat pangkat "Jayyid Jiddan" pada tahun 1997.

Menghafaz al-Quran
Beliau mula menghafaz al-Quran dengan riwayat Hafs ‘an ‘Asim semasa dalam pengajian di kuliah perubatan melalui guru beliau Fadhilat as-Syeikh Abdul Hakim bin Abdul Salam Khatir (sekarang bertugas sebagai panel rujukan al-Quran di Madinah) dan berjaya mengkhatamkannya secara hafazan pada tahun 1985. Guru al-Quran beliau yang lain ialah Syeikh Muhammad Adam, Syeikh Muhammad Badawi as-Sayyid yang bersambung sanad mereka dengan Rasulullah s.a.w melalui Saidina Jibril a.s. dari Lauh Mahfuz dari Allah s.w.t.

Guru-guru Beliau
1. Syeikh Hafiz at-Tijani rahimahullah, beliau menghadiri pengajian kitab al-Muwatta’ Imam Malik selama 2 tahun (1976-1978).
1. Syeikh Hafiz at-Tijani rahimahullah, beliau menghadiri pengajian kitab al-Muwatta’ Imam Malik selama 2 tahun (1976-1978).
2. Syeikh Muhammad Najib al-Muti’ie rahimahullah (pelengkap kepada kitab al-Majmu’ bisyarhil al-Muhazzab), beliau menghadiri pengajian Sahih al-Bukhari dan kitab-kitab fiqh Syafie, beliau juga mendapat sanad hadis dan fiqh ketika pengajian di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA).
3. Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari al-Hasani rahimahullah, beliau menghadiri pengajian kitab as-Syamail lit-Tirmizi, al-Muwatta’ Imam Malik, al-Luma’ fi Ilmi al-Usul yang dibacakan oleh Syeikh Dr Ali Jum’ah. Beliau mengambil sanad tariqat as-Siddiqi ad-Darqawiyah as-Syazuliyyah dari gurunya ini.
4. Syeikh Ahmad al-Mursi an-Naqsyabandi rahimahullah, salah seorang ulama al-Azhar. Beliau kerap menziarahinya dan mengambil banyak faedah daripadanya
5. Syeikh Isma’il Sodiq al-Adawi rahimahullah, bekas imam besar Masjid al-Azhar. Beliau menghadiri pengajian kitab al-Muwatta’ dan tafsir sebahagian surah dari al-Quran. Beliau sentiasa bersama dengan gurunya ini untuk beberapa tahun dan sering bermusafir bersama ke pedalaman Mesir untuk ziarah para solihin. Beliau banyak mempelajari mengenai hakikat ilmu tasawuf darinya.
6. Fadhilat al-Ustaz Prof. Dr. Syeikh Ali Jum’ah hafizahullah, sahabat seperguruan beliau dengan Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari al-Hasani rahimahullah.
7. Fadhilat al-Ustaz al-Imam Muhammad Zaki Ibrahim al-Husaini rahimahullah (ulama sufi besar Mesir).
8. Syeikh as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani rahimahullah (ulama hadis besar haramain).
9. Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Baa’iets al-Husaini al-Kittani hafizahullah, muhaddis dan musnid Iskandariah.
10. Fadhilat al-Ustaz ad-Duktur Muhammad Rabi’e al-Jauhari hafizahullah (mantan Dekan Kuliah Usuluddin, Universiti al-Azhar).
11. Fadhilat as-Syeikh al-Habib Ali al-Jufri hafizahullah.
*Sumber maklumat latarbelakang beliau banyak diambil dari laman-laman blog untuk manfaat bersama. InsyaAllah.
Semoga Allah merahmati guru-guruku, diberi kesihatan dan kesejahteraan. Doakan saya supaya dapat istiqamah menghadiri pengajiannya Sunan at-Tirmizi di Masjid al-Asyraf pada setiap pagi.

No comments:
Post a Comment