Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Syukur kepada Allah s.w.t yang masih memberi kesempatan kepada saya untuk menyambung penulisan ini pada part yang kedua. Saya cukupkan di sini dengan lagi lima tips. Harapan saya moga-moga tips-tips ini dapat membantu saya dan anda untuk sama-sama menjadi seorang huffaz yang berkualiti. Tips-tips ini hanyalah jalan untuk memudahkan, selebihnya terletak pada diri masing-masing. Bittaufiq!
Tips #6 At-Tikrar (Mengulang)
Tips #6 At-Tikrar (Mengulang)
Kaedah mengulang al-Quran (ayat-ayat yang sudah kita hafal) ada dua. Pertama, mengulang secara sirr atau rahsia di dalam hati. Hati dalam keadaan mode zikir (mengingati) ayat-ayat yang kita sudah hafal dan dalam masa yang sama ayat-ayat tersebut seolah-olah dibayangi dalam fikiran. Kaedah ini baik dijadikan sampingan tetapi sampingan yang dilazimi. Adapun kaedah yang kedua adalah mengulang secara bersuara seperti kebiasaannya. Kaedah ini lebih afdhal dan lebih baik dijadikan kaedah yang utama bagi kita untuk mengulang al-Quran. Mengulang itu kuncinya. Siapa-siapa yang meninggalkannya, maka dia akan lupa. Dan hanyasanya orang yang tidak lupa adalah orang yang tidak pernah ingat.
Ayat-ayat al-Quran yang sudah kita hafal boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:-
1. Ayat baru, iaitu ayat yang masih baru (sehari) dihafal.
2. Ayat sederhana, iaitu ayat yang agak sederhana lama (seminggu ke atas) dihafal.
3. Ayat lama, iaitu ayat yang sudah lama (sebulan ke atas) dihafal.
Daripada pembahagian tersebut sesuai juga dikaitkan dengan tiga bahagian tahap ingatan manusia. Salah satu anugerah Allah s.w.t kepada manusia adalah memory box - yang berfungsi sebagai sistem penyimpanan maklumat yang diterima. Tahap ingatan manusia yang paling rendah adalah pada sensory memory. Tahap kedua pula dikenali sebagai short term memory. Manakala pada tahap ketiga pula dikenali sebagai long term memory.
Penggunaan motoric-sensory dengan baik dari segi visual (mata) dan audio (lidah) dalam proses penghafalan adalah amat membantu. Oleh kerana pancaindera inilah yang akan menerima maklumat daripada apa yang diulang-ulang atau dihafal seterusnya dihantar dalam bentuk neural impulses ke bahagian tertentu pada otak. Pendek katanya, setiap hafalan itu ada kedudukan tahapnya dalam ingatan seseorang. Jika hafalan itu masih baru, maka ulanglah biar sepadan dengannya supaya ia berpindah ke tahap ingatan yg lebih lama dan lebih mantap.

Tips #7 Biar Lambat Asal Selamat
Kebanyakan orang yang tahu seseorang yang menghafal al-Quran pasti mereka akan bertanya kepadanya tempoh masa yang diambil untuk menghafal keseluruhan al-Quran. Jika pendek tempoh masa yang diambil mereka akan berasa ta'ajjub. Saya harap itu hanyalah satu motivasi untuk mereka. Actually apa yang lebih penting adalah kualiti hafalan anda. Kalau hafal al-Quran keseluruhannya dalam masa seminggu sekalipun tetapi lupa pada minggu seterusnya pun tiada guna.
Saya nasihatkan hafal secara perlahan-lahan. Sesungguhnya gopoh itu daripada syaitan. Perlahan yang bagaimana? Adakah 10 tahun baru khatam? Tidak. Maksud saya semasa proses menghafal itu berjalan, bacalah seberapa banyak yang mungkin. Waktu saya belajar dulu, guru saya pesan sebaiknya baca sebanyak 40 kali. Dalam pada itu, mata kita mula scan, muka surat kanan ayatnya begini, permulaan muka suratnya begini, ayat sebelumnya apa, ayat selepasnya apa. Lidah kita membaca. Telinga kita mendengar apa yang kita baca. Tawajjuh dan khusyuk pada waktu itu akan membuahkan hasil yang mantap. Cubalah!
Tips #8 Meninggalkan Maksiat
Malu rasanya berbicara tentang meninggalkan maksiat sedang diri juga selalu tergelincir. Astaghfirullah... Namun begitulah hakikatnya, al-Quran hanya akan jinak dengan hati yang hanya takut kepada Allah s.w.t sahaja. Menghafal al-Quran peritnya hanya sekali, sedangkan memeliharanya peritnya berhari-hari melainkan mereka yang benar-benar jatuh cinta kepadanya. Umpama menangkap unta liar kemudian dipelihara pula. Nak hafal susah, nak lupa senang. Antara anasir yang dapat menjejaskan hafalan seseorang adalah titik-titik hitam maksiat yang tercalit pada hati kita. Padahal cahaya ilmu juga bertapak di hati. Mana mungkin perkara halal bercampur dengan perkara haram melainkan perkara haram akan mengatasi perkara halal - al-Hadis.
Kata al-Imam as-Syafie rah. dalam bait-bait syairnya:
شكوت إلى وكيع سوء حفظي... فأرشدني عن ترك المعاصي
Aku mengadu kepada (guruku) Imam Waki' tentang buruk/lemah hafalanku... Maka beliau menasihatiku supaya meninggalkan maksiat.
*****
وأخبرني بأن العلم نور... ونور الله لا يؤتى لعاصي
Dan beliau memberitahu akan daku bahawasanya ilmu itu cahaya... Dan cahaya Allah takkan sekali-kali mendatangi orang yang bermaksiat.
Tips #9 Beradab Terhadap Al-Quran
Sesungguhnya seagung-agung kitab itu adalah kitab al-Quran. Al-Quran itu kalamullah bermukjizat yang diturunkan kepada Baginda Nabi s.a.w melalui malaikat Jibril a.s yang dibaca secara mutawatir dan membacanya adalah dikira sebagai ibadat. Maka terdapat beberapa perkara yang perlu dititik-beratkan seperti adab. Dituntut ke atas kita sebagai para huffaz yang menuntut ilmu Allah s.w.t untuk memelihara adab dengan kitab agung ini iaitu al-Quran.
Firman Allah s.w.t di dalam surah al-A'raf pada ayat 204:
وإذا قرئ القرآن فاستمعوا له وانصتوا لعلكم ترحمون
Dan apabila al-Quran dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
Daripada ayat tersebut, jelas Allah s.w.t mengajar kita supaya beradab dengan al-Quran. Hatta apabila al-Quran dibacakan sekalipun perlu kita dengar malah mendiamkan diri bagi memberi laluan mengagungkannya.
Tips #10 Harapan Dan Doa
Di antara sifat orang yang bertaqwa itu adalah sifat pengharapan kepada Allah s.w.t semata-mata dan sentiasa berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t - di waktu susah mahupun senang. Jujurnya sepanjang pengalaman saya bersama al-Quran, ingatan saya sememangnya hanya bergantung harap pada Allah s.w.t semata-mata. Pintalah kepadaNya supaya dipermudahkan proses hafalan. Moga-moga Allah s.w.t memberikan kita peluang masa untuk meluangkan masa bersama al-Quran. Perbanyakkan doa! Kalau Allah nak sekat ingatan kita bila-bila sahaja boleh. Kalau Allah nak kita bergelar al-hafiz dalam masa satu hari pun boleh. Tapi Allah nak lihat usaha kita, doa kita, bergantung harap kita kepadaNya. Ingat! Tiada daya kita melainkan apa yang dikehendaki Allah s.w.t.
:عَنْ أَنَسِ بْنِ مِالِك أَنَّ رَسُوْلَ الله قَال
إِنَّ لِلهِ أَهْلِيْنَ مِنَ النَّاسِ قَالُوْا يَا رَسُوْلَ اللهِ مَنْ هُمْ قَالَ هُمْ أَهْلُ الْقُرْآن أَهْل الله وَخَاصَّتُهُ
“Dari Anas bin Malik Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri dari manusia. Lalu Rasulullah s.a.w ditanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Iaitu Ahlul Quran (Orang yang membaca atau menghafal Al-Quran dan mengamalkan isinya). Mereka adalah Ahlullah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.”

No comments:
Post a Comment