Sunday, 9 November 2014

Hijrah 1436


Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah.

"Sesungguhnya bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati..."

[At-Taubah: 36]


Ketika Zulhijjah di penghujung garisan penamatnya,
Bumi Kinanah  ini tetap sibuk  seperti kesibukannya,
Dingin  terasa  disapa  desiran angin  Cairo senjaNya,
Sumber cahaya  di ufuk timur kian terbenam bersama cahayanya,

Bersimpuh di hadapan  Rabbul Jalil  malu dan merindu,
Awal Muharram tahun  1436H  mengharapkan sinar baru,
Bermula waktu itu sekiannya terhenti sekiannya belalu,
Dialah Tuhan yang bersifat  Qidam  mustahil bagiNya  Baharu,

Oh pantas - waktu itu berlalu berlalu dan berlalu tidak terasa,
Alangkah sedikitnya amal leka bersama kesiaan tanpa berjasa,
Cukuplah  bagiku  bermuhasabah pada  kalamNya  Demi  Masa,
Benarlah  tanda-tanda kebesarannya  hanya bagi yang berfikir,
Maha Lemah Lembut Allah Ta'ala memasukkan siang ke dalam malam silih berganti tanpa disedari melainkan mereka yang berfikir dan bermuhasabah diri. Subhanallah.


No comments:

Post a Comment