Tanggal 4 April 2014 rumah kami menerima tetamu mulia. Beliau merupakan YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS bersama isterinya Puan Zainab serta beberapa orang escort dan pemandu beliau. Kedatangan Tuan Guru pada kali ini bukanlah kali pertama. Tetapi ia merupakan kali kedua Tuan Guru berhenti rehat di rumah kami. Mudah-mudahan pertemuan ini dirahmati Allah.
Tuan Guru Presiden lebih disenangi dengan panggilan Ayah Chik. Selain Ayah Chik, ramai juga pimpinan PAS lain yang pernah berhenti rehat di rumah kami. Antaranya YB Dato' Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS, Mat Sabu, dan Dr. Dzulkefly Ahmad. Tetapi waktu Tok Guru datang saya masih lagi seorang kanak-kanak yang hanyalah tahu berkata "Ooo.. Tok Guru..". Masih tidak tahu betapa bertuahnya berada di samping seorang ulama'. Rumah kami tidaklah semegah mana untuk menerima tetamu-tetamu mulia ini. Oleh itu saya sekeluarga amat bersyukur kerana Allah telah memilih rumah kami sebagai tempat persinggahan kekasih-kekasihNya. Dengan itu bertaburlah berkat serta rahmat kepada orang-orang sekeliling mereka. InsyaAllah.
Lebih kurang dalam pukul 11:40 Ayah Chik tiba setelah penat seharian mengikuti program-program di Kedah. Ayah Chik merebahkan diri keletihan di sofa.
Ambil kesempatan bergambar dengan Ayah Chik sebelum Ayah Chik masuk ke bilik tidur. Hehe..
Dari kiri, saya, Ayah Chik, abang Mohd Ashraf, adik Muhammad Firdaus.
Terhidang buat tetamu-tetamu mulia. Nasi Lemak. Pulut Pelam. Pulut Ikan Masin.
"Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya."
[Bukhari & Muslim]
Kiri Tok saya, kanan Ibu <3
Secawan kopi special buat Ayah Chik. Ayah Chik tak nak gula. Ayah Chik campur dengan serbuk bunga cengkih untuk control blood pressure & gula dalam badan. Petua dari Ayah Chik.
Breakfast bersama... Tok Ayah pun sekali...
Sempat meminta nasihat dan pandangan untuk further study... Universiti Islam Madinah.
Meneruskan perjalanan, program seterusnya. Moga-moga Allah beri kekuatan buat hamba-hambaNya yang soleh.
No comments:
Post a Comment