Saturday, 3 May 2014

Book Fair PWTC

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'alarasulillah.
     Book Fair di PWTC tahun 2014. Alhamdulillah dengan peluang yang diberikan dapat juga masuk pesta buku kali ini. Menaiki bas dari Sungai Petani bersama-sama peserta himpunan bantahan GST pada 1 Mei 2014. Tanpa melepaskan peluang ini, saya juga turut serta dalam himpunan itu seterusnya dapat mengambil peluang masuk ke gedung ilmu di PWTC pada hari itu juga.


     Anda tahu saya bersama siapa dalam gambar di atas? Beliau ialah Prof. Mohd Kamil Ibrahim. Beliau merupakan seorang penulis buku yang agak terkenal. Mulanya saya tidak berapa kenal dengan beliau. Tapi saya ada seorang kawan yang amat meminati buku-buku tulisan beliau. Ketika mencari buku-buku tulisan beliau di lorong-lorong Galeri Ilmu untuk dihadiahkan kepada seorang kawan, saya terjumpa beliau bersama isterinya Puan Roza Roslan yang juga merupakan seorang penulis buku. Sempat saya meminta autografnya dan bergambar bersamanya. Alhamdulillah.

"Sesiapa yang ketika membeli buku, tidak berasa lebih nikmat daripada saat membelanjakan hartanya bagi membeli benda lain, atau tidak melebihi cita-cita para hartawan dalam membina bangunan, sesungguhnya dia belum mencintai ilmu. Perbelanjaannya tidak akan bermanfaat, sehinggalah dia lebih mengutamakan membeli buku. Sepertimana seorang Arab Badwi yang lebih mengutamakan susu untuk kudanya berbanding keluarganya. Hingga ia berharap memperolehi ilmu seperti halnya orang Arab tadi mengharapkan kudanya." 
[Al-Jahiz, ulama' dan pakar ilmu zoologi]


Antara buku yang saya teringin sangat nak beli. Tapi teringatkan kawan pesan, "Jangan beli apa-apa buku yang ada kaitan dengan Al-Fateh." Then bila balik kawan tu hadiahkan buku ni. Allahurobbi.


The Graet Husband. Buku ni pun si dia hadiahkan.
Note: Misi seterusnya membaca, memahami, dan mengamalkan.

No comments:

Post a Comment