Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Khamis, 30 Januari 2014 - Result Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang dinanti-nantikan telahpun diumumkan. Alhamdulillah madah yang saya target mumtaz, semuanya dalam tangan. Cuma yang memang tak berapa yakin dapat jayyid. Syukur alhamdulillah 'ala kulli hal. Overall dapat pangkat Jayyid Jiddan. Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua guru-guru yang membantu dalam pengajian STAM terutamanya Ustaz Ahmad Shirozi bin Abdullah. Dan tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang dalam medan STAM.
Pangkat 1: Mumtaz: Cemerlang: A
Pangkat 2: Jayyid Jiddan: Amat Baik: B
Pangkat 3: Jayyid: Baik: C
Pangkat 4: Maqbul: Lulus: D
Pangkat 5: Rosib: Gagal: G
Pengajian STAM hanya mengambil masa setahun dan mempunyai lebih kurang 16 madah (mata pelajaran). Walau bagaimanapun setiap madah akan digabungkan menjadi satu paper sewaktu exam STAM yang sebenar. Antara madah yang dipelajari:
1. Hifz Al-Quran
2. Tajwid (بغية الطالبين)
3. Fiqh (الإقناع)
4. Faraidh
5. Tauhid
6. Mantiq
7. Tafsir Al-Quran
8. Ulum Al-Quran
9. Hadith
10. Mustolah Hadith
11. Nahu (شرح ابن عقيل)
12. Sarf
13. Insya' dan Mutala'ah
14. Adab dan Nusus
15. 'Arudh dan Qafiyah
16. Balaghah

No comments:
Post a Comment