Monday, 25 November 2013

Keindahan Melihat

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah. Nikmat melihat merupakan salah satu nikmat yang terbesar di antara nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita. Ada di kalangan kita yang mempunyai sepasang mata tetapi berapa ramai dari kalangan mereka yang kelam daripada melihat dunia. Patutnya berapakah harga yang perlu dibayar, bagi membeli penglihatan yang jelas. Apatah lagi penglihatan yang melihat dengan cahaya Allah. MasyaAllah, nescaya tak termampu kita.


Telah termaktub di dalam Al-Quran banyak perintah Allah s.w.t kepada kita supaya menggunakan mata dengan sebaiknya dengan berfikir (tentang kebesaran Allah s.w.t).

     Dikhabarkan oleh para asatizah yang mengajar Syamail Muhammadiyah atau kitab-kitab yang menceritakan sifat kejadian Baginda s.a.w. Baginda s.a.w mempunyai sepasang mata yang sangat cantik. Kelihatan mata Baginda s.a.w sederhana besar dan luas. Manakala pada hujung matanya sedikit panjang dan runcing. Adapun bulu mata Baginda s.a.w panjang, hitam, dan lebat. Pendek kata, Baginda s.a.w mempunyai sepasang mata yang begitu indah, bersinar, dan cukup dengan sifat-sifat kesempuranaan sebagai seorang insan.

     Selain daripada kecantikan dari sudut fizikalnya, Baginda s.a.w menyempurnakannya lagi dengan kecantikan pandangan. Baginda s.a.w suka memandang kepada kehijauan pepohon dan epal yang merah. Tambahan lagi, Baginda amat meminati melihat air yang mengalir beralun seperti air terjun, tasik, dan laut. Kesemuanya ini menunjukkan bahawa Baginda s.a.w itu lengkap dengan fitrahnya yang baik kerana melihat kepada yang baik itu dapat memberi kesan yang baik kepada diri dan hati. Malah ia amat menenangkan.

     Adapun jika Baginda s.a.w memandang orang lain, Baginda s.a.w melihat dengan pandangan rahmat. Penuh dengan rahmat kasih sayang. Pandangan mata bukan semata-mata pandangan. Pandangan memberi makna kepada manusia - pandangan rahmat, kasih-sayang, marah, tipu-daya, dll. Sesungguhnya Baginda s.a.w memandang orang lain hanya seketika dan beberapa seketika. Memandang dengan rasa malu dan tidak menajamkan pandangannya kepada seseorang. Pandangan Baginda amat lembut. Allahu akbar. Dan daripada sunnahnya lagi, bahawasanya pandangan Rasulullah s.a.w lebih banyak menghala ke bumi daripada ke langit. Baginda s.a.w sangat tawadhu' dan beradab dengan Allah Rabbul Jalil. Baginda s.a.w tidak banyak melihat kepada perkara-perkara duniawi. Jika Baginda melihat kepada perkara-perkara dunia yang menakjubkan, maka Baginda akan mengucapkan, "La 'aisha illa 'aish al-akhirah." Tiada kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan akhirat. Jom sama-sama kita hidupkan sunnah ini!

     Pandangan kita berbeza dengan Baginda s.a.w, kita selalu sahaja melihat kebendaan, dan apa-apa yang lebih baik dari apa yang sudah kita miliki. Dan perkara ini membuatkan kita terkejar-kejar akan dunia. Kita sedia maklum dunia sekarang, masing-masing compete dalam pembangunan dan teknologi. Bangunan pencakar langit, rumah besar dan terlalu mewah, kereta, gadget, mobile phone, dll. Oh materialistic! Kita yang mengejar kepenatan. Tetapi jika kita ucap sepertimana yang diucapkan Baginda s.a.w, maka ucapan itu menunjukkan kita redha dengan apa yang kita ada. InsyaAllah ucapan yang zahir itu menujukkan apa yang batin. Ikut kemampuan kita, jangan terlalu mengejar hingga leka ke akhirat. Sesungguhnya kehidupan akhirat itu dipenuhi dengan nikmat yang kekal abadi. Dan Allah swt mengajar Baginda saw dengan firman-Nya, surah Taha, ayat 131:

"Jangan engkau memandang kecuali apa yang telah Kami kurniakan kepadamu iaitu pasangan-pasanganmu perhiasan kehidupan dunia."


No comments:

Post a Comment