Alhamdulillah selesai sudah kem Biro Tatanegara yang berlangsung di Kem Bina Negara, Kulim, Kedah. Peserta kem terdiri daripada bakal mahasiswa dan mahasiswi yang akan berangkat ke Mesir, Jordon, UK, dan Ireland. Kami berkampung di situ selama lima hari. Bermula dari tarikh 11 Ogos sehingga 15 Ogos 2014. 'Ala kulli hal taklah seteruk yang digambarkan.
Allahumma barik lana... Amin. Kawan-kawan! Jemput makan. Terima kasih.
Antara perkara yang menarik dan menggamit kenangan adalah protokol ketika berada di kantin. Kami dibahagikan mengikut kumpulan. Dan inilah kumpulan saya. Kumpulan 9. Sentiasa bersama dengan ahli kumpulan. Hatta waktu makan sekalipun kena makan semeja dengan ahli kumpulan masing-masing. Ya, bersama girls, sebaya, cantik. Haha. Nasib baik ada yang berpangkat kakak. Taklah terlalu janggal rasanya.
Sedikit sebanyak tentang ahli kumpulan 9:
1. Kumpulan ini diketuai oleh Adraie Abu Seman atau lebih dikenali sebagai Daie. Boleh lihat pada gambar di atas, beliau berbaju hitam.
2. Insan segak berkopiah ialah Fauzan Hafiz atau lebih dikenali sebagai Fathul Bari. Muka hampir seiras Fathul Bari. Haha. Banyak cetusan idea. Yang paling penting Islamik!
3. Sahabat comel berbaju putih itu pula ialah Aiman Ahadi. Sahabat saya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Saya boleh sampai ke kem itupun sebab dia tumpangkan saya. Kami dari Sungai Petani. Terima kasih Aiman!
4. Tidak lupa juga kepada saudara yang snap gambar. Ariff Kamarudin atau Abang Ariff. Hehe. Nampak macam nakal tapi baik orangnya.
5. Kemudian di barisan girls pula. Ehem. Yang berbaju merah senyum manis itulah Kak Zulfa. Bakal fly ke Ireland. Bakal akauntan berjaya. Amin. Peramah dan sporting orangnya.
6. Aufa Yusoff orang yang paling aktif dalam facebook berkenaan maklumat ke Mesir.
7. Diikuti pula dengan Siti Zainab. Seorang yang pendiam. Apabila ditanyakan sesuatu, jawapannya sama ada "Tak tau..." ataupun hanya tersenyum.
8. Kemudian yang berada di hujung sekali itulah Afiqah Yahya. Kawan kepada kawan saya. Agak pendiam dan bukan jenis memecahkan kesunyian. Tapi ada potensi untuk ramah dengan orang.
Antara perkara yang best di BTN:
1. Jadi conductor music.
2. Tiada sukan lasak (Pak Leman).
3. Kemudahan lengkap disediakan.
4. Riadhah Gerak Wira (Pak Zaidi).
5. Fasilitator baik, peramah, dan comel.
6. Mengetahui cara berfikir mereka yang berlainan fikrah politik.
7. Kumpulan 9 buat persembahan lagu patriotik Malaysia Tanah Air Ku.
8. Nyanyi lagu 1Malaysia dan lagu Perajurit Tanah Air dalam setiap slot rasmi.
9. Aktiviti santai meregangkan otot sambil ikut rentak lagu Masihkah Kau Ingat (Pak Jeff).
10. Para peserta sentiasa beri komitmen dalam menjaga kelancaran program. Terutamanya masa.
Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Interprestasi Personaliti Diri. Pak Teh Ali pembimbing kami dalam LDK. Inilah antara aktiviti kami. Saya dan Ariff pilih bentuk segi tiga. Daie pilih bentuk ombak. Selebihnya yang lain pilih bentuk bulat. Setiap ahli kumpulan perlu kemukakan hujah kenapa memilihnya. Tugas Pak Teh hanyalah menyanggah hujah-hujah kami. So simple.
Jawapan yang masih saya ingat dari Kak Zulfa. Dipilihnya bentuk bulat sebab, "Friends is like a circle, it has no ends to be ended." Memang setia sungguh. Aiman Ahadi pula kata sebab memang lumrah kehidupan kita seperti roda, bentuknya bulat. Kadang-kala kita berada di atas, kadang-kala kita berada di bawah. Ada juga yang berpendapat bahawa bulat itu comel. Haha. Nama insan tersebut dirahsiakan. Saya pula pilih bentuk segi tiga sebab ianya satu bentuk yang simple tapi kukuh. Garis sisi konsisten menuju ke puncak (titik temu). Daie pula berpendapat bahawa ombak mempunyai semangat juang yang tinggi. Tidak pernah jemu bertemu pantai.
Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Kami ditugaskan untuk membangunkan sebuah negara dalam sebuah pulau dengan melakarkan apa yang perlu ada dalam sesebuah negara maju. Maka inilah hasilnya. Pak Teh memberi kritikan dengan menyatakan sesebuah negara perlu dibahagi kawasan pertaniannya, perindustriannya, pusat pembangunannya, dan juga kawasan penempatan. Supaya semuanya lebih kemas dan teratur.
Malam Last 14 Ogos 2014
Pada malam itu kami ditugaskan untuk membuat persembahan nyanyian lagu patriotik. Kami Kumpulan 9 (Al-Qassam) mempersembahkan lagu Malaysia Tanah Air Ku. Selepas itu acara diteruskan dengan slot berutus surat kepada sahabat-sahabat. Meluahkan segala rasa dalam surat tersebut. Sehelai kertas A4 dibahagikan kepada 8 bahagian. Tiga daripadanya disimpan dalam poket.
| p/s: nama ditulis supaya lebih ingat untuk mendoakan. |
Berbekalkan baki lima helai keratan kertas itu saya berikan kepada:
1. Aiman Ahadi
2. Hafiz Abbas
3. Amzar Hanif
4. Hasbi Amini
5. Semua Girls Kumpulan 9
Selain daripada memberi, saya juga menerima surat-surat-surat cinta daripada mereka. Hehe. Antaranya daripada:
1. Aiman Ahadi
2. Hafiz Abbas
3. Amzar Hanif
4. Hasbi Amini
5. Aufa Yusoff
6. Kak Zulfa
Overall alhamdulillah. Cuba ubah persepsi masuk BTN brainwash dan sebagainya. Take positive. Kita ada ilmu. Melihat dan menilai cara mereka yang berlainan fikrah politik. Stay calm and steady. Bukan di situ medan untuk berbalah. Moga-moga semua peserta lulus dalam ujian Biro Tatanegara. Amin.
Overall alhamdulillah. Cuba ubah persepsi masuk BTN brainwash dan sebagainya. Take positive. Kita ada ilmu. Melihat dan menilai cara mereka yang berlainan fikrah politik. Stay calm and steady. Bukan di situ medan untuk berbalah. Moga-moga semua peserta lulus dalam ujian Biro Tatanegara. Amin.
good job my friend
ReplyDelete:)
ReplyDelete